Tuesday, March 24, 2009

KISAH SEDIH YANG LEBIH SEDIH DARI KESEDIHAN…….

Tajuk je gempak tapi takde le sedih sangat.

AKU BAHAGIA KE…….itu persoalan yang selalu bermain di dalam fikiran aku.nak cakap BAHAGIA macam tak BAHAGIA. Nak kata tak BAHAGIA kadang2 macam BAHAGIA jugak la.


Aku keliru kadang-kadang gan diri aku sendiri. Aku tak tau ape yang aku nak dalam diri aku. Bukan itu aje aku kadang2 rase aku macam hidup dalam dunia aku sendiri je. Ramai memang tengok aku ni happy go lucky je memanjang, senyum gan ketawa tak ingat dunia tapi kepala otak aku sentiasa serabut memikirkan macam2 perkara. Macam boleh jadi gila aku sebab aku makin dah tak tahan dengan semua perkara dan musibah yang melanda hidup aku.


“ANDAI ITU TAKDIRNYA AKU TERIMA APA YANG BERLAKU DAN TERJADI TERHADAP DIRIKU. SEMEMANGNYA APA YANG BERLAKU ADE HIKMAH DISEBALIKNYA”


Itu la serangkap dialog dalam novel yang paling sedih aku baca dalam entire hidup aku. Nak je aku jd mcm ALEEYA dalam cite ni. Tabah je harungi semua liku-liku hidup die.


Tapi die lain aku lain.die sentiasa yakin dengan diri die.aku sekali pun tak penah yakin dengan diri aku. Aku rase rendah diri sangat sebab orang cakap aku ni, cakap aku itu. Memang adakalanya aku tak kisah. Tapi sikap diorang itu membuatkan aku makin rendah diri dan tak percaya kat diri aku sendiri.
Aku pulak mcm tak bertuah pulak dalam hal2 kekeluargaan. Hal family aku sampai sudah tak selesai. Aku mmg dah tak tahan dah mcm nak pecah kepala nak cari jalan penyelesaian tentang family aku. Dahla aku anak sulung lelaki lak 2. So, aku terpaksa menjadi tulang belakang family aku. Dah berbelas tahun dah masalah ni berlaku tapi x penah selesai jugak sampai sekarang. Kadang2 aku mcm nak gile memikirkannya nak sedih pon dah tak larat dah. KERING air mata aku(tapi tgk cite sedih still nangis lagi la). Sekarang aku tak sabar nak keje sebab bile aku dah ade kewangan yang stabil nanti aku akan selesaikan masalah family aku ni. Aku mmg dah tak sabar nak kuar dari umah aku yang mcm neraka tu dan nak bebaskan mak aku dan adik2 aku dari masalah yang tak berkesudahan ni. Aku benci die kadang2 sebab die lah yang membuat hidup aku gan family aku kacau, die jugak wat aku rase rendah diri gan diri aku.Aku tak sabar nak memgucapkan selamat tinggal kepada manusia itu. Tapi walau ape pon aku tetap sayang die sebab tanpa die aku takkan ade. Cuma nak hidup kembali gan die takkan mungkin akan terjadi. Hati aku dah tawar setawarnya. Sikit ruang pond an takde.


Tapi ape pon aku bersyukur aku mempunyai kawan yang selalu menceriakan hidup aku. Takde la aku fikir sangat tentang masalah yang melanda diri aku. Budak kelas aku semua best2.semua dapat terima aku seadanya. Walaupun aku kadang2 gedik sikit tapi diorang ok jah. Terima kasih kornag. Selagi aku boleh berseronok tanpa memikirkan masalah yang die hadapkan kat aku dan family aku aku kan berseronok. Sebab aku takut aku akan melakukan sesuatu diluar batasan akal fikiran aku jika aku tak dapat mengawal segala dendam dan kemarahan aku. Tetapi hari tu aku dah terlepas kata kat die. Aku sedih tapi aku puas sangat.
BILA LE BAHAGIA NAK MUNCUL NI. LAME AKU TUNGGU TAPI KAMU TAK MUNCUL2 GAK. CEPAT CIKIT TAU SAYA DAH TAK LARAT DAH.

6 comments:

  1. hrmmm..wah kali ni menyayat aty la din beramboi..hoho..xpe2 t muncul gak kebahgiaan ko tuh..sabo byk2 ek..ak de d sisi ko..anytime ko leh share pape ko ngan ak..frens 4eva!!muaahh!!

    ReplyDelete
  2. apez...
    sedih plak baca blog ko...
    tersentuh sgt...
    sbr byk2 ek...
    kitaorg ade ngan ko...
    dan lg satu...
    klu ko ade terasa ngan aku...
    aku minta maaf...
    ape y aku ckp slama ni...
    gurau semata2...
    x tahu plak...
    ko tanggung masalah seberat ni...
    tp percaya lah..
    bahagia akn jd milik ko gak...

    ReplyDelete
  3. hafiz,
    walaupun kite kwn..aku xpenah tahu masalah ko..
    sbb kite bukan rapat sgt pun kan..kite jrg contact..
    even kalo kite jumpe ramai2 pun..bila korang bercerita itu ini, aku konfirm akan blur, sebab korg dah sedia tahu perkara yang berlaku dlm hidup korang sume..aku je tak..sbb aku je yg tak keep in touch sgt..
    Ok aku membebel ape ni? blog aku ke??

    anyways..masalah ada dimana2, kalau kite lari dr masalah yg ada sekarang..masalah di tempat lain pula menanti..kalau kau rase usaha kau untuk menangani masalah tu tak berhasil, maka sebenarnya usaha kau belum cukup..kerana setiap usaha pasti ada kejayaannya.(WAH! novelis ke?)

    ReplyDelete
  4. Ah Hafiz this entry makes me miss all those times we spend together bitchin about our problems! I miss you! Xsabanye nak balik!

    Xpe, just be patience. Patience is a virtue and God's willing, you'll be rewarded one day. Pergi mane2 pon, masalah still akan ade, you just have to learn to deal with it or get over it.

    Jangan sedih2 and cheer up. Everything will be fine. =)

    ReplyDelete